Perkara ini perlu dilakukan dengan segera supaya langkah serta-merta dapat diambil untuk memastikan kontroversi melibatkan dakwat tersebut tidak berulang pada pilihan raya kecil Kuala Besut yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez berkata SPR menunjukkan sikap "tidak hormat" dengan keputusan untuk meneruskan menggunakan dakwat tersebut tanpa menyelesaikan masalah yang timbul dahulu.
"Ini adalah keangkuhan jelas dan berlagak sombong... apa lagi yang boleh dikatakan?" kata Fernandez kepada The Malaysian Insider.
Fernandez berkata, SPR perlu berhenti memalukan diri mereka sendiri.
Beliau juga menuntut kerajaan mendedahkan butir-butir syarikat yang membekalkan dakwat tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar