Kamis, 13 Februari 2014
Idam konsep barat
Pada awal kemunculannya, nama Uqasha Senrose, 21, jadi sebutan apabila kakak pelakon Nelydia Senrose ini menceburi dunia lakonan secara serius dan sanggup berhenti kerja sebagai pramugari.
Kerjaya seninya mula berbunga apabila menjadi artis MIG Talent dan dia diberi peluang berlakon dalam beberapa filem terbitan MIG Pictures (MIG).
Belum pun bakat lakonan diuji lebih jauh, tiba-tiba dia terjebak kontroversi demi kontroversi.
Bermula dengan percintaannya dengan pelakon Pekin Ibrahim dihidu media apabila mereka berkongsi gambar percutian bersama di laman sosial Instagram, Uqasha dikatakan berdepan masalah dengan syarikat pengurusannya.

Uqasha kini bahagia bersama lelaki dicintai dan mereka juga ada perancangan untuk disatukan tahun depan. Mereka tidak mengambil masa lama untuk menyemai bibit cinta yang bermula di lokasi filem Pontianak terbitan MIG apabila digandingkan bersama.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar