Social Icons

Pages

Jumat, 31 Januari 2014

Unik Ibu dengan Anak Terbanyak di Dunia

11 April 2013
Siapa gerangan wanita yang memiliki ‘jalan lahir’ dari baja? Tidak ada yang tahu pasti siapa namanya. Yang pasti ia adalah isteri pertama dari Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia. Dia melahirkan 16 pasang bayi kembar, 7 bayi triplets (kembar tiga), dan 4 bayi quadruplets (kembar empat).


Wanita ini adalah isteri pertama dari Feodor Vassilyev. Entah apa penyebabnya sehingga ibu 69 anak ini meninggal bunuh diri. Lantas Feodor menikah lagi, dan hebatnya dia boleh memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 anak. Jika masing-masing anak ketika dewasa mengtinjauankan 2 anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk ukuran zaman dahulu), dan apabila dari 2 anak tersebut mengtinjauankan 2 anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!! VIVAnews
Selengkapnya

Kamis, 30 Januari 2014

Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak Perempuan Berselerak


Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?
Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?
Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?
Hurmm… kenape ye??
Korang nak tau??
Boleh tengok jawapannyer tat bawah….
‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:
Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?
Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?
Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?
Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?
Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:
Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?
Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?
So, tu lah jawapannya… Hehehe… – MyNewsHub
Selengkapnya

Rabu, 29 Januari 2014

Tinjau khazanah Tasik Kenyir

Selain bersuka ria di pekarangan resort, ada yang memilih untuk memancing, meredah keluasan tasik, meneroka gua ataupun bersendirian atas penginapan bot.






KALI ini persinggahan EKSTRA ialah Tasik Kenyir, Terengganu. Terpegun dalam pesona, nyata sekali kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.
Tidak hairan jika sudah bertahun-tahun lokasi itu memukau hati ramai pengunjung hanya kerana pandangan kali pertama.


DI SEBALIK ketenangan air Tasik Kenyir, siapa sangka di dalamnya terdapat lebih 300 spesies ikan.




Tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan yang luas dan berbukit-bukit akhirnya berubah menjadi beratus-ratus buah pulau gara-gara ditenggelami air.
Didorong prospek pelancongan yang menggalakkan, sebahagian daripada pulau itu kini telah dibangunkan dengan kemudahan penginapan dan juga tarikan pengembaraan lain.


KENALI proses formasi batu dan hubungan biologi kehidupan di dalamnya.




“Tasik Kenyir adalah untuk mereka yang gemar pada ketenangan alam. Begitu juga dengan yang gila memancing.
“Saya sendiri kalau tidak bertugas atau beristirehat di pulau peranginan di perairan laut, akan menghabiskan masa berkhemah di pinggir tasik ini,” ujar Pengarah Urusan Ayu Mayang Resort di Pulau Redang, Yap Chuan Bin.


KETENANGAN yang menanti di sudut terlindung jaringan sungai.




Begitu sekali tarikan kawasan akuatik di utara bumi Darul Iman ini. Dengan panggilan 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.
“Orang sepatutnya menghargai simfoni semula jadi seperti bunyi unggas dan serangga, kesegaran udara dan juga kedamaian yang dipersembahkan kepada semua. Hormatilah alam yang indah ini,” tambah Yap.


GAYA hidup atas bot boleh dicuba bagi yang mahukan kelainan.








LALUAN pejalan kaki dalam Gua Bewah telah dipermudahkan untuk pengunjung.







SELAIN meredah tasik, tetamu Tasik Kenyir boleh menyertai aktiviti memancing, berkayak, meredah hutan atau melawat santuari kelah.







JETI singgah yang menyambut kedatangan pengunjung ke mulut Gua Bewah.










Seperti pejuang alam sekitar yang lain, lelaki yang ditemui ini kurang bersetuju dengan pengusaha pelancongan atau resort yang mengganggu aturan itu dengan operasi karaoke, pusat hiburan dan ekspedisi pacuan empat roda yang melampau.
Memang benar, hutan hujan yang menyumbangkan kesegaran oksigen di Tasik Kenyir turut menjadi habitat bagi pelbagai hidupan flora dan fauna.
Pasti seronok para pencinta alam jika menemui spesies pokok pakis yang jarang ditemui, anggerik eksotik, atau unggas dan haiwan seperti enggang, gajah, cempelai dan juga harimau kumbang.
Mengikut brosur promosi pelancongan yang dipetik daripada rekod Jabatan Perhilitan, Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Bagaimana agaknya aksi dan cabaran menaikkan baung, lampam, toman dan kelah di sini? Kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir.
Kalau belum menandakan lokasi ini dalam rencana kunjungan akan datang, mungkin statistik itu membuatkan jantung si kaki pancing berdegup lebih kencang!
Bersiar dengan bot, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda dan panggilan padang golf adalah antara senarai riadah dan rekreasi yang popular di sekitar tasik yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong ini.
Jika kawasan perkhemahan dan trek merentas hutan mudah disertai di sepanjang Sungai Saok, Lasir, Cacing, Lawit, Petang, Terenggan, Tembat dan Pulau Poh, aktiviti rentas hutan yang ekstrem pula menanti di trek laluan ke puncak Gunung Gagau.
Tidak ketinggalan ialah aktiviti meneroka gua. Selain Gua Taat, Gua Bewah sangat diingati kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya.
Kedua-dua gua itu antara yang masih boleh dikunjungi ‘isi perutnya’ kerana tidak ditenggelami air sejak pembinaan Empangan Kenyir.
Di Tasik Kenyir, pengunjung tidak perlu khuatir akan soal penginapan. Di sini terdapat pilihan penginapan bertaraf tiga bintang yang masing-masing bersaing menawarkan kemudahan bernilai tambah.
Paling popular dan mungkin menghampakan pengunjung yang terlewat menempah pada musim tertentu tentunya penginapan gaya calet tradisional.
Baik yang dibina di atas pulau, gaya terapung seperti rumah bot ataupun yang terperosok sedikit ke dalam redup rimba, semuanya sedia dihuni.
“Antara perkara yang menjadi faktor dalam membuat keputusan penginapan ialah kemudahan dalam bilik, panorama persekitaran, arah matahari terbit, lokasi memancing, aspek privasi dan juga jarak perjalanan dari Jeti Gawi,” kata Azmi Mohd., dari agensi pelancongan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
Memetik perancangan kerajaan negeri melalui kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tahun lalu, Tasik Kenyir dijangka muncul dengan tarikan baru iaitu aktiviti jelajah pulau.
Sebanyak 10 buah pulau kecil yang terdapat di bahagian utara Tasik Kenyir akan dibangunkan mengikut tema tertentu.
Projek yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu akan menyaksikan pembinaan Taman Eko-Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.
Khabarnya taman orkid, taman tropika, taman rama-rama dan taman burung akan dibangunkan di beberapa lokasi berhampiran.
Biar apa pun tujuannya, jangan pula terjadi apa-apa yang boleh mengorbankan keindahan yang sudah sedia ada di Tasik Kenyir. Datanglah ke sini dan alamilah sendiri!

Selengkapnya

Kamis, 09 Januari 2014

Bagaimana Cara Pasang Infus Epson T13

Bagaimana Cara Pasang Infus Epson T13? Pada tulisan kali ini di blog Harga Printer Epson terbaru ini saya akan menulis cara memasang sistem infus printer Epson stylus T13. Sebelumnya kalau anda ingin mengetahui info tentang harga printer ini coba lihat page berikut Harga printer Epson T13 baru
Printer Epson Stylus T13
Printer Epson Stylus T13 dengan sistem infus ini sangat cocok digunakan untuk usaha rumahan, kantor kecil dan untuk sangat bermanfaat sekali untuk usaha warnet. Oke langsung saja bagaimana cara memasang sistem infus (CISS) untuk printer stylus Epson T13. Sediakan alat2 dan bahan sebagai berikut:
1. Printer T13 tentu saja
2. Tabung Infus, sill dan knee.
3. Tinta Epson (botolan 100mL - non original) Hitam, Merah, Kuning dan Biru.
4. Cartridge infus TO73.
5. Penjepit kertas.
5. Gunting / Cutter.
6. Lakban hitam, lakban bolak-balik.
7. Tisu.
8. Klem

Pertama coba Cartridge infus ke Epson. Bila sudah oke pasang Cartridge tersebut ke tabung yang sudah di isi tinta beserta sill dan knee.
Cara Pasang Infus Epson T13
Cartridge diisi penuh dengan tinta. usahakan tidak ada gelembung udara di selang. Selanjutnya pasang sistem infus di printer seperti gambar berikut.
Pasang Infus Printer T13
Coba digeser-geser kanan-kiri manual dengan tangan jangan sampai posisi selang mengganggu mekanisme printer. Hasil akhir :
Pasang system infuse Epson T13

Demikian bagaimana cara pasang sistem infus printer Epson T13. Tulisan bermanfaat ini saya temukan di http://karyatronik.blogspot.com/2011/07/cara-pasang-sistem-infus-epson-t13.html Lihat juga artikel2 bermanfaat yg saya kumpulkan lainnya:
Harga Catridge Epson T11
Cara merawat printer epson T13
Memperbaiki Epson T13 lampu merah terus menyala
Selengkapnya

Rabu, 01 Januari 2014

Kalau Betul Macam Nie Mampus Kita






Salam buat semua... Sekali tengok memang bergerun dan nampak real .. Ini adalah satu lukisan ilusi pelukis di sebuah bas di luar negara..... Kita Tengok Pun bergerun Ye
Selengkapnya

20 Tahun Diperkosa Bapa Tiri Lahir 10 Anak


Buenos Aires – Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.

“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka. – Agensi
Selengkapnya