Kamis, 26 Desember 2013
Lelaki cuba intip Ketua Pemuda MCA serah diri

Datuk Dr Wee Ka Siong
CHERAS - Dua lelaki dipercayai cuba mengintip kehidupan peribadi Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan keluarganya dengan menggunakan sebuah helikopter kawalan jauh jenis ‘hexacopter’ yang dilekatkan kamera, tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 47 itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 3 petang, kelmarin.
“Salah seorang daripada mereka yang bekerja sebagai jurugambar mengakui memiliki hexacopter itu.
“Mereka mendakwa hanya menguji hexacopter tersebut untuk mengambil gambar di kawasan berkenaan,” katanya.
Mohan berkata, pihaknya telah merakamkan kenyataan kedua-dua suspek itu, sebelum dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kami telah melengkapkan kertas siasatan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Cheras, semalam.
Sebelum ini, Ka Siong mendakwa perkara itu terbongkar apabila hexacopter berkenaan terhempas di rumah jirannya di Bukit Kiara, Cheras, pada 5 Ogos lalu.
Enggan membuat sebarang spekulasi, Ka Siong turut mendakwa, semakan mendapati helikopter itu biasanya digunakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk mengintip pergerakan militan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar